Pengalaman Dapat Result Semester 1, 2, 3 dan Ulangan (STPM)




It's been a few months from the last month of me in school as a form 6 student. It's quite challenging but hey I'm survived alhamdulillah. I already posted my blog regarding on how to survived in form 6. Go check it out if you haven't.


So hari ini aku akan ingat-ingat balik saat-saat lalu yang mendebarkan pada pukul 10 pagi. Pukul 9 lebih macam tu, classmate aku dan kelas sebelah pun ada macam-macam ragam. Ada yang tengah pegang phone dengan perasaan nervous, ada yang duduk rapat dekat kawan yang ada data laju minta tolong cekkan result. Tak kurang juga ada yang buat tak tahu. Maklumlah, first time dapat result semester. Termasuklah aku dalam golongan yang agak nervous dan tak berapa kisah pasal result semester 1.


Jujur aku cakap, aku target result semester 1 aku dalam dua A-(3.67) hahaha iaitu dalam subjek Pengajian Am (PAM) dan BM. Sejarah dunia masa ni aku lemah sangat-sangat so aku target dapat lulus penuh dan ke atas saja iaitu C (2.00). Geografi sangatlah lemah dan aku target lulus penuh juga, C (2.00).


And then tepat pukul 10 pagi, semua busy dengan handphone masing-masing, aku dapat tengok muka setiap classmate aku. Macam-macam riak muka ada. Kalau tak silap aku, aku suruh kawan aku, si Liny tolong cekkan result aku.




Tadaaa... Setelah dikira-kira, pointer untuk sem 1 aku dapat 2.42. Perasaan aku masa itu adalah tak ada perasaan. Ya aku serius haha. Entahlah kenapa, perasaan gembira tak ada juga, sedih pun tak juga. Apa yang aku boleh cakap, perasaan nak score tinggi untuk next semester dan ulangan adalah tinggi. Mungkin sedikit kecewa pasal tak dapat target marks yang aku nakkan? Mungkinlah.


Oh ya, masa kami terima result sem 1 kami dah memang berada di semester 2. Masa tu jujur aku cakap sekali lagi, aku belajar sambil lewa saja. Tak percaya? Terserah. Homework memang aku buat, tapi itulah sekadar nak menyiapkan tugasan saja. Kadar peratus aku faham subjek
PAM dalam 20%, BM pula dalam 30%, Sejarah Islam pula aku mula minat so dalam 60% dan Geografi aku paling suka dan kadar kefahaman aku dalam 70%.


Selepas aku dapat result sem1 ni, minda aku dah makin terbuka sikit pasal STPM. Selama ni aku fikir STPM ni sama dengan SPM tapi sebenarnya adalah sangat jauh berbeza. Kalau aku kata aku hardwork 100% semasa SPM, tapi untuk STPM hardwork dia adalah dalam 1000%. Mungkin macam tak logik but I told you based on my own experience. So aku pun mula cover balik bab-bab lepas, subjek PAM pun aku mula fokus bila cikgu mengajar. BM sem 2 pun aku dah mula bertanya banyak soalan kepada cikgu soalan yang aku tak faham. Aku mula fokus dalam kelas dan cuba memahami setiap subjek.


Selepas tu, masuk sem 3. Result sem 2 pun keluarlah dalam laman web MPM, perasaan aku sangat nervous masa tu, tak macam masa terima result sem 1. Masa ni si Liny juga yang tolong aku cekkan hahaha. Target aku untuk sem 2 bagi subjek PAM adalah B(3.00), BM aku adalah A(4.00), subjek Geografi pula A-(3.67) dan subjek Sejarah pula C(2.00) sebab apa aku target sekadar lulus penuh saja bagi subjek Sej adalah kerana masa menjawab soalan masa exam hari tu sangat mengelirukan bagi aku. Aku dah redha dah kalau gagal tapi dalam masa yang sama juga aku target lulus penuh. Bukan main berpeluh tapak tangan bila ingat sejarah.



Alhamdulillah. ada yang masuk target dan ada yang melebihi target aku. Pointer bagi semester 2 aku adalah 3.50. Aku bersyukur sangat-sangat. Macam biasa, tak ada feeling haha! Terus aku suruh si Liny screenshot dan send pada aku. Aku pun forward terus bagi mak dan baba aku. Aku meluahkan rasa syukur dekat diorang. Pelajar terbaik dalam sem 2 adalah member kami, Erra. Dia dapat 3.75. Menangis-menangis dia, aku tak sempat pula tengok moment tu sebab dia di kelas sebelah tapi kami semua tumpang bangga, anyway congrats Erra!


Disebabkan result aku yang baik, aku pun bersemangat gila nak score untuk sem 3 dan semester ulangan. Aku bagitahu kau, lain perasaan dia bila dapat result baik ni. Buatkan kau lagi nak berusaha. So, nasihat aku(ceh pakar nasihat pula), kau berusaha sebaik mungkin yang setanding dengan usaha kau untuk dapat
gred yang bagus.


Saat dapat result semester 3 dan semester ulangan pula kau dah tak dapat nak tengok muka-muka nervous kawan-kawan kau kecualilah kalau kau cek sama-sama dekat satu tempat. Aku cek result semester 3 dan ulangan dekat rumah saja, tepat pukul 10 pagi macam biasa. Tapi semester 3 ditangguhkan pada pukul 2 petang kalau tak silap aku. So aku pun decide off kan dulu telefon dan tengok tv. Dalam jam 1 lebih macam tu aku on kan balik telefon, hah apa lagi group chat berpusu-pusu masuk. Aku baca satu-satu dan dah ada yang dapat result walaupun belum pukul 2 tepat. Aku pun apa lagi, terus masuk laman web MPM, masukkan nombor IC dan ditemani dengan tangan bergegar, jantung berdegup kencang serta peluh membasahi tapak tangan.

Dannn papp!! Resultku terpapar depan muka.



Mata aku tak berkelip tengok screen telefon aku. Biar betul? Bukan main berderet A. Aku tak percaya, aku tengok balik nama dan nombor IC dalam tu. Jantungku berdegup lagi sekali. Paling tak percaya bila dapat A(4.00) dalam  subjek Sejarah, aku masih lagi ingat aku pilih soalan tentang sumbangan Tun Dr. Mahathir dalam ekonomi negara, soalan Raja Thibaw hahaha. Rasa sebak dalam hati tu mula muncul tapi aku tahan. Jujur aku tak pernah dapat result macam ni sebelum ni dalam UPSR, PT3 & SPM. Dalam hati aku bangga gila, sumpah bangga. Pointer sem 3 aku adalah 3.67. Setiap sem aku menunjukkan peningkatan. Aku bersyukur sangat. Tinggal nak tunggu result ulangan pula.


Result ulangan sem 1 keluar selang sehari lepas itu dan result ulangan sem 2 pula dalam selang tiga hari.



So dalam ulangan 1 aku ulang tiga subjek kecuali PAM dan setelah dikira-kira pointer semester 1 aku adalah 3.25. Yang aku terkejut pasal result ulangan sem 1 aku ialah sejarah. Serius tak percaya sejarah aku dapat A, padahal aku target B saja huhu, nampak kan aturan Allah itu indah. Nak menangis rasanya. Bagi geografi pula aku dapat C tapi, tapi, tapi perasaan bersyukur dia lain macam. Aku terharu dengan gred C tu sebab alhamdulillah lulus. BM pun dah dapat A- nampaklah peningkatan dari B.



Dalam ulangan 2 pula aku cuma ulang satu subjek which is sejarah dan I manage to get 3.67 setelah dikira.


I'll write my pengalaman dapat result keseluruhan STPM on my next entry okay? 


Jangan lupa baca pengalaman aku untuk cara survive kehidupan form 6/STPM.


*all pictures are credited to respective owners. 


Comments