Pengalaman Mendapat Result MUET 2019




Hi assalamualaikum! (entry ini dah lama simpan dekat draft 🤦‍♀)


12 September 2019, satu tarih yang amat menggerunkan bagi pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan MUET.

Mana taknya, setelah bertungkus lumus belajar MUET, takkanlah tak nak dapat result yang helok kan..


Malam sebelumnya perghh bukan main nervous aku. Gatal saja tapak tangan hehehe. Mata tengok tv tapi fikiran melayang jauh memikirkan result MUET huhu.


Keesokan harinya pula macam biasalah bangun awal, mandi, bersiap-siap, solat apa semua kan. Lepas itu aku tunggu makcik aku untuk sama sama pergi sekolah. -makcik aku ini jiran sebelah, tapi sudah lama kenal dan merupakan seorang guru perdana mata pelajaran KH dekat sekolah aku belajar ini. Dialah yang banyak membantu aku, terima kasih makcik Lia! 


Setelah 15 minit menikmati pemandangan pagi dari dalam kereta, akhirnya tibalah kat sekolah tercinta hehe. Keluar saja dari dalam kereta, angin sepoi-sepoi menampar mukaku lembut ceh. Lain macam aura sekolah pagi waktu itu tapi bukan aura seramlah. Nervous pula bila teringat balik result MUET keluar hari itu hmm.


Aku masuk dalam kelas, masih sunyi lagi. Tak silap aku baru ada dalam dua orang classmate aku ; Solehah dan Fatin. Yang lain tak sampai lagi. Aku pun duduklah termenung hahaha. Tak lama lepastu satu-satu classmate aku sampai. Apa lagi, boraklah sampai cikgu masuk kelas hahaha  (aku rindu saat ni huhuhu)


And then aku masuk bilik guru form 6, nak ambil berkat kata orang hehehe. Aku jumpa cikgu MUET ku iaitu Madam Sue. Tapi sebenarnya guru MUET kitorang ada dua, yang lagi satu Madam Rachel tapi tak sampai lagi atau ada dekat bilik guru budak perdana? 


Oh ya lupa pula nak bagitahu, result MUET kitorang diumumkan pada pukul 10 pagi so kitorang pun mulakan sesi pembelajaran macam biasa...


Tepat jam 10!! Kami sebenarnya tak digalakkan untuk cek result dalam telefon, biarlah rahsia kononlah hahaha.  Tapi ada juga yang sempat tengok termasuklah aku hahahaha sebab aku tak suka surprise (yalah tu).  Kami semua diminta masuk ke bilik kejuruteraan untuk penyampaian sijil MUET. Bila semua sudah ready dan duduk, tinggal tunggu guru guru tingkatan 6 saja. Lepastu Madam Rach panggil aku tolong pegangkan sijil-sijil diorang sementara nama-nama diorang dipanggil untuk penyerahan sijil MUET.


Aku tak nervouslah masa penyerahan sijil tu, sebab aku dah cek awal tadi kan hahahaha. Dah hampir-hampir nama aku kena panggil, kena tukar orang pula untuk pegangkan sijil iaitu si Jaq. 
Tibalah masanya nama aku kena panggil.



Alhamdulillah aku berjaya dapat band 4! 
Kalau korang pernah baca entry aku sebelum ini, mesti korang tahu kan target aku untuk paper listening? Ya, aku target markah tinggi jugalah. Untuk speaking pula betul-betul capai target yang aku nak alhamdulillah hehe. Kalau untuk reading pula adalah sikit peningkatan sebab masa dalam kelas MUET, madam Rach selalu suruh kitorang buat latihan reading hehe. Paper writing aku tak target apa apa markah sebab masa exam MUET hari itu entah apa apalah aku jawab huhu tapi alhamdulillah dapat markah yang elok.


Terima kasih kepada guru-guru, senior dan rakan-rakanku yang banyak membantu. Ceh, tetiba formal hehe. Bye assalamualaikum. Terima kasih kerana membaca! Jumpa di next entry. 

Pst. Jangan lupa tengok entry aku pasal STPM, MUET dan macam macam lagi. 


*all pictures are credited to respective owners. 

Comments