Ada Apa Dengan MUET?
Hi assalamualaikum apa khabar? πΌπ
So, seperti yang tertulis dekat atas ini, aku akan menceritakan serba sedikit pasal MUET atau nama panjangnya adalah Malaysian University English Test. Senang cerita, ujian Bahasa Inggeris.
Pengambilan MUET adalah sangat penting bagi korang yang nak melanjutkan pelajaran ke IPTA.
MUET terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi pertama dalam bulan Mac, sesi kedua dalam bulan Jun/Julai dan sesi ketiga dalam bulan November.
Markah MUET based on band seperti yang tertera di bawah :-
Sumber : Laman Web MPM
MUET ni consists of four paper which is :-
☞ Writing 800/4
☞ Reading 800/3
☞ Listening 800/1
☞ Speaking 800/2
WRITING 800/4
Writing paper consists of two questions which is question 1 and question 2. Hah gitu cakap omputeh kau hahaha. So korang kena jawab dua soalan tu. Jangan sesekali tinggalkan kosong!!! Question 1 ada 40 markah dan 40 minutes untuk siapkan manakala question 2 ada 60 markah dan 50 minit untuk siapkan. So, jangan bazir masa dengan melihat telatah rakan-rakan korang dan mengharapkan jawapan HAHAHA. Buat sendiri okay hehehe.
READING 800/3
Paper reading pula paling banyak markah. Mana taknya, ada 45 soalan objektif. Kau rasa? Mengantuk tak mengantuk lah student masa menjawab hahaha. Ada yang sempat tidur lagi tu. Tapi jangan tiru aksi ini kalau nak dapat markah tinggi tau. Baca petikan betul-betul dan pilih jawapan yang paling tepat. Kalau korang ada pengetahuan yang luas pasal vocab, ini satu advantages.
LISTENING 800/1
Ini paper yang paling aku suka. Dalam paper ni korang akan dengar betul-betul rakaman suara lepastu isi ruangan kosong dalam paper tu. Tapi sebelum tu korang akan disuruh baca soalan-soalannya dan inilah masanya garis kata kunci tu okay? Dan jangan risau, rakaman tu akan diulang lagi sekali. So yeahh fokuslah sebab peluang tak akan datang berkali-kali eh? Hahaha.
Dalam paper ni korang kena speaking lah. Secara individu dalam task A dan berkumpulan dalam task B. Jangan risau, korang akan diberi masa untuk tulis idea-idea atas kertas.
CARA KIRA MARKAH MUET
Korang kena kira markah setiap paper and then campur markah semua paper (reading, listening, writing, listening). Lepastu dapatlah total marks korang dan tengoklah band description kat gambar yang aku letak tu. Senang kan?
Kalau ada apa-apa soalan, don't hesitate untuk tanya kat ruangan komen okay !! Bye assalamualaikum π€
Jangan lupa tekan dan baca pengalaman & tips aku menduduki exam MUET (part 1)
*all pictures are credited to respective owners.
Comments
Post a Comment