Tips Hadapi Form 6/STPM (how to survive)



Hi ! Tiba-tiba aku teringat masa aku form 6 dulu (cehh dululah sangat padahal baru berapa bulan meninggalkan form6). Dari ramai student, tiba-tiba jadi sikit. Dari kelas meriah, tiba-tiba sunyi. Kenapa? Ramai classmate aku pergi membawa haluan masing-masing dengan satu matlamat yang sama. Apa matlamat tu? Nak berjayalah. Tapi bukan dengan form 6. Ada yang memilih masuk universiti awam (UA), politeknik untuk belajar kemahiran dan sebagainya.


Bagi aku tak kisahlah kau nak ambil bidang apa pun asalkan niat kau betul iaitu nak mempelajari sesuatu ilmu. Tak kisahlah lemah macam mana sekalipun. Kalau kau hebat, pandai tahap dewa tapi sombong tak nak belajar itu tak guna sebab sesebuah ilmu yang berguna akan kita bawa sampai mati.


Aku banyak baca tentang pendapat orang tentang form 6 ni. Ada yang kata susah dan tak kurang juga pendapat 'makcik-makcik bawang' yang menganggap form 6 ni tak hebat, tak setaraf dengan UA, tak 'glamour' dan sebagainya. Ada juga yang menganggap form 6 ini untuk pelajar yang tak lulus, tak cemerlang dan gagal dalam SPM. Pemikiran ini sangatlah tidak terbuka dan perlu diubah. Nanti aku cerita kelebihan dan kelemahan form 6 di blog yang akan datang. Apa yang aku boleh cakap, kalau kau memang nak masuk form 6, kau selam sendiri suka duka kehidupan form 6.




Okay banyak pula membebel dekat atas ni, so let's jump to the topic, how to survive in form 6.


N I A T

First, kau kena ada niat yang betul iaitu nak pelajari sesuatu ilmu yang baru. Pentingkah set niat ni? Ya sangatlah penting. Sebab dengan niat yang betul, segala ilmu yang dicurahkan akan senang masuk dalam kepala otak kita. Kalau kau niat setakat nak masuk form 6 dengan sambil lewa saja baik kau kerja, ada duit masyuk tiap bulan. Kalau kau memilih masuk form 6 sebab parents paksa dan memang hati kau tak ada langsung pasal form 6 ni kau ubahlah niat tu perlahan-lahan. Inshallah dipermudahkan. Sebab ramai juga kawan-kawan aku yang apply masuk UA tapi bukan rezeki diorang, dan tetap meneruskan kehidupan sebagai pelajar form6 dan alhamdulillah kami semua lulus 100% dalam semua subjek. See? Rancangan Allah itu lebih baik :)





M E N T A L   D A N   F I Z I K A L


Secondly, kau kena kuatkan mental dan fizikal walaupun tempoh masa form6 ni satu tahun setengah saja, sebab hari-hari yang kau akan lalui ada macam-macam cabaran dia. Dengan result sem yang agak teruk, banyak kerja kursus, lambat balik, makanan kantin mahal, tak ada duit nak bayar ulangan, banyak aktiviti kena urus, kawan tikam belakang, awek/pakwe kena rampas...eh? hehehe gurau jer. Aku pun sebelum masuk form 6 tak expect keadaan form 6 macam ni. Kalau kau kena repeat paper disebabkan gagal atau tak lulus, jangan risau sebab tu perkara biasa (disclaimer - aku tak galakkan korang gagal untuk repeat paper!!!) Kalau cikgu-cikgu asyik panggil nama kau tanpa henti masuk bilik guru untuk buat semula kerja kursus jangan mengeluh, jangan marah sebab untuk kebaikan kau juga bila dapat A nanti. Dalam form 6 ni, setiap semester kau akan guna buku-buku yang berbeza. Kalau jumpa senior, buatlah muka manis sikit, bodeklah nak minta buku atau kalau senior jual, mintalah harga rendah sikit. Kalau memang tak ada, berlambak buku dekat kedai buku, tinggal pilih saja. Memang akan ada masalah financial masa ni, perasaan malu dekat parent korang pun akan ada sebab aku dah rasa semua tu. Tapi tetap juga meminta huhu dengan harapan dapat bayar balik dengan buat result STPM gempak :P


                  

Kalau kau rasa nak kurangkan beban parents dengan bekerja sambilan bagi aku boleh KALAU kau pandai bahagi masa belajar dan bekerja, dan kalau homework/kerja kursus tak siap, jangan sesekali bagi alasan, "saya tertidur sebab saya kerja" sebab bagi aku itu semua dah jadi tanggungjawab kau. Pasal kerja kursus pula, akan banyak berurusan dengan dengan orang-orang atasan(berdasarkan pengalaman aku), benda yang kau tak ambil kisah sebelum ni kau akan ambil tahu.  Dalam form 6, kau juga akan diajar mengenai kepimpinan. Di setiap sekolah dan kolej tingkatan 6(KT6) mesti akan ada satu badan kepimpinan tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan akan diwakili oleh setiap pelajar. Jawatan-jawatan tu kalau dekat sekolah aku, cikgu-cikgu yang akan pilihkan dan biasanya kalau di KT6 akan ada jawatan yang cikgu pilih dan sesi mengundi oleh pelajar. Kalau kau dapat sesuatu jawatan tu, buatlah dengan penuh amanah terutamanya presiden MPP sebab tangggungjawabnya amatlah besar. Uik, panjang pula bahagian mental fizikal ni hm.


K E H A D I R A N  &  D I S I P L I N

Inilah antara benda yang penting untuk survive form 6. Kalau kau pemalas nak mamp ubahlah sikap tu. Kalau susah sangat bangun pagi tu suruhlah mak kau simbah air sejuk ke, suruh tampar muka kau sampai bangun ke. When there's a will, there's a way kata orang. Paling penting set niat lagi sekali nak bangun awal, solat subuh dan niat menuntut ilmu. Kalau aku part paling best pasal suasana pagi ni ialah udara dia, memanglah waktu tu sesuai tidur, belajar pun masa yang sesuai juga dengan dia punya cold breeze. (sorry merepek)  Nasihat dekat sini ialah jangan sesekali ponteng sekolah!! Dekat form 6 kalau kau ponteng sekolah walau sehari ibarat kau tertinggal satu silibus. Rugi yang teramat. Sebab satu topik adalah sangat berkaitan dengan topik seterusnya. Kalau kau tak cover balik tajuk lepas, kau akan 'blur se-blurnya' sampailah exam sem. Masa tu nak menyesal dah tak ada guna kecualilah kalau kau rasa banyak duit repeat paper.




Dan bagi yang rasa diri dia hebat dan pandai sampai nak ponteng sekolah berhari-hari dengan merasakan diri itu mampu cover apa yang cikgu ajar, tolonglah berubah. Jangan ingat, "aku pandai, tak datang sekolah pun masih boleh dapat 3 pointer or 4 flat". Totally wrong. Kita masih perlukan ilmu orang, so hormat orang, hormat peraturan walaupun kau tak suka peraturan. Take note ya wherever you go there's still rules. Tanpa peraturan, hidup kau hancur. Kalaupun kau suka ponteng sekolah, kau ingat majikan akan terima kau bekerja dalam jangka masa panjang ke kalau perangai suka ponteng tu masih ada?


Masuk form 6 disiplin kena jaga walaupun kau tak berdisiplin sangat. (refleksi diri kejap huhu) Aku pun tak jugalah berdisiplin kalau dah 'berganding bahu' dengan kawan-kawan aku. Ada juga masa kitorang macam orang gila dalam kelas, ada juga masa serius bila belajar. Ikut keadaanlah, aku faham kau nak buat kenangan bodoh dengan kawan-kawan sebab benda tu lah yang akan kita ingat dan kenang bila tua nanti. Tak lupa juga buat kenangan indah sekali dengan mendapat result gempak supaya masa depan pun cerah, parents pun bangga. Bagi dia seimbanglah. Tak bestlah kehidupan kau sebagai student kalau asyik menghadap buku 24 jam. Kalau pergi sekolah asyik main saja pun tak best. Balance kan masa belajar dan bermain. Segala homework dan kerja kursus cikgu kau suruh buat tu buatlah dengan sungguh-sungguh, jangan sambil lewa sebab markah dia antara penyumbang pointer kau nanti.  Tak dapat A nanti kau juga yang marah nak mengamuk tak tentu pasal. Lepastu kalau selalu sangat stayback sebab ada kelas tambahan ke, nak buat revision ke kena get readylah. Itu semua perkara biasa.(tiba-tiba terkenang masa stayback punyalah malas sampai merungut-rungut hahaha)





S E T   Y O U R   O W N   T A R G E T



Perkara ini pun penting juga. Tapi aku mula set target aku setelah aku dapat result semester 1. Ya agak lama untuk aku sedar akan kepentingan dapat 3 pointer ke atas dalam STPM ni huhu. Dengan set target kau akan lebih bersemangat, percayalah. Mungkin ada sesetengah orang tak suka men'target' atau tak reti nak target setiap subjek, tapi itu tak menjadi masalah sangat. Cara aku ialah tak letak target markah tinggi-tinggi, contohnya, kalau subjek Pengajian Am aku dapat C, aku akan target C+. Sebab bagi aku, dengan cara ni aku dapat tengok progress setiap subjek walaupun cara ni lambat. Lepastu kalau dah dapat C+, naikkan pula target tu kepada B- dan seterusnya...


Sebelum aku mengakhiri blog aku yang penuh dengan kata-kata motivasi ini (cehh) aku nak korang baca komen orang yang aku jumpa dekat youtube dalam gambar di bawah ini ya.


Sekian dari saya, kalau nak tambah apa-apa, jangan segan nak komen dekat bawah okay? Inshallah aku jawab. 


*all pictures are credited to respective owners. 

Comments