Masalah Kredit Hilang / Cara Rebate Kredit Celcom Yang Hilang
Pernah tak korang tengah syok tengok Instagram ke tengok Youtube ke tiba-tiba ada dapat sms yang sangat mengganggu?
SMS tu berbunyi macam ni, "anda kekurangan kredit, sila isi semula". Tak ke bengang tu?! Baru saja isi RM10 tiba-tiba dapat mesej baki kredit jadi RM3.
Bukan korang saja pernah mengalami benda ni tahu, aku mak aku dan adik aku ni pengguna Celcom. Jadi dah lama dah kitorang kena benda ni tapi tak tahu cara nak selesaikan benda ni. So, dengan perasaan bengang aku mulakan pencarian di Google.
Macam biasa, banyak saja tips-tips orang antaranya call operater Celcom. Aku tak guna tips ni sebab aku malas berurusan dengan panggilan telefon ni sebenarnya.
Jadi setelah cari punya cari, aku pun jumpa satu solution yang baik punya. First korang search dekat Google, Aduan MCMC.
Lepas korang dah search, inilah laman rasmi MCMC. Korang tekan 'Aduan Baru'/'New Complaint'.
Lepastu korang akan nampak macam dekat bawah ni.
Lepastu isi setiap tu macam dekat bawah ni pula.
Lepastu scroll lagi dan isilah bahagian maklumat peribadi korang dalam gambar bawah ini.
Setakat ni senang kan? Scroll lagi ya.
Hah, yang ini tulislah maklumat aduan korang masing-masing ya. Nak tengok apa aku tulis dalam huraian masalah tu? Kejap ya.
Silalah guna bahasa formal dan baku ya.
Lokasi masalah ni tulis saja alamat tempat tinggal korang. Bahagian latitud dan longitud pula tak payahlah isi. Kalau betul takpa juga, kalau salah macam mana? Huhu
Hah, yang ini pula sebagai bukti bahawa kredit korang telah hilang. Aku guna gambar yang aku dah screenshot sms dari celcom tu. Aku hanya guna lampiran 1 dan 2 saja. Kalau nak letak 5 lampiran pun tak jadi masalah.
Kalau korang takda gambar yang nak dilampirkan pun takda masalah kot.
Yang ini pula step paling last, korang taiplah huruf apa korang nampak dekat situ dan tekan submit.
Lepas dah tekan submit, korang akan nampak macam ni dan jangan lupa screenshot tahu supaya taklah lupa apa complaint ID korang. Lepastu, janganlah lupa cek email.
Ini adalah email daripada MCMC bahawa email aduan itu telah diterima.
Yang ini pula email daripada Celcom
18 hari berlalu, akhirnya aku dapat email daripada celcom mengatakan pihak diorang rasa kesal lepastu kredit berharga RM6 aku pun dikembalikan. Alhamdulillah. *dalam hati berkata, kenapalah aku tak jumpa solution ni dulu, tapi takpa mungkin ada hikmah kan?
Yang ini last. Daripada MCMC untuk mengesahkan aduan yang aku buat dah selesai. Dan kalau masalah korang tak selesai, cepat-cepat pergi buka semula aduan tu dalam masa 30 hari ya.
TAMAT
Kalau ada persoalan, macam biasalah, ruangan komen sentiasa dibuka. Yang mana mampu aku jawab, inshallah aku jawab dengan baik.
*all pictures are credited to respective owners.
Comments
Post a Comment