Kenapa Aku Jadi Blogger?



Kenapa aku jadi blogger? Ceh, dah boleh ke gelar diri sendiri seorang blogger? Huhu. Sebenarnya, ini adalah blog kedua aku. Sebelum ni aku dah ada buat blog since 2016/2017 tapi atas sebab-sebab peribadi aku terpaksa delete blog tu huhu sedih memang sedih tapi yalah. 

Best kah jadi blogger ni? Bagi aku sebagai seorang yang minat membaca hasil penulisan orang, aku rasa puas dan seronok. Tak kisahlah pasal pengalaman peribadi orang kah, tips kah dan sebagainya. Jadi bila aku rasa best tengok blog orang, aku pun nak jugalah share pengalaman dan tips-tips apa yang berkaitan dengan hidup aku haha! 

Main focus aku buat blog ni sebenarnya adalah nak share pengalaman aku saja. Tapi lama kelamaan, perasaan nak ada readers banyak tu tinggi huhu tapi itulah aku baru saja berjinak-jinak dalam dunia blogging ini huhu. Tak apa, bak kata orang putih, good things takes time hah gitu haha!

First, aku ini sejenis yang suka mendengar cerita ataupun membaca cerita orang, aku memang dari dulu kalau nak tahu pengalaman orang ke aku akan pergi google dan search pengalaman-pengalaman orang. Dari situlah aku rasa macam dekat sangat dengan blogger yang tulis cerita-cerita diorang. Seolah-olah macam kenal, macam rapat. Mungkin itulah kesannya bila tulisan yang penuh dengan perasaan diluahkan sekali seiring dengan menulis blog. Hati yang membaca pun turut tersenyum dan tersentuh. Ceh, bukan main ayat aku hehe. Tapi betul, itu yang aku rasa bila baca blog dan pengalaman orang. Baca blog ni ibarat kau membaca buku, kau faham tak? 

 


Jadi bila aku ada perasaan macam itu, aku pun naklah juga buat blog untuk aku sharekan pengalaman, tips dan sebagainya. Tapi buat sekarang, pengalaman & tips STPM saja aku mampu tulis hehe sebab iyalah sepanjang aku bersekolah, dengan tak disangka-sangka masa inilah saja aku merasa jadi seorang yang cemerlang walaupun tak 4 flat. Maklumlah, sebelum ini dalam UPSR, PT3 & SPM tak pernah cemerlang dan memang tak jangka langsung bahawa aku dapat juga jadi pelajar cemerlang STPM macam orang-orang yang aku selalu tengok dekat tv. Jadi, aku nak jugalah mula buat blog dengan berkongsi kegembiraan aku hehe. 

Lepas tu, kenapa aku nak buat blog sebab aku nak isi masa lapang aku. Hehe, aku tahu clićhe tapi inilah juga antara sebab aku menulis blog. Dapatlah juga faedahnya bila kita share tips-tips yang berguna kepada orang kan? Islam pun galakkan kita share benda baik kan? 




Aku menulis blog pun sebab aku minat menulis sebenarnya hehe, yalah dulu pernah juga nak try buat novel sendiri tapi end up cerita tergantung sepi saja walaupun banyak idea hehe. Dalam pada tu, manalah tahu dengan banyak menulis blog, diri ini mampu memahirkan diri bermain dengan bahasa sehingga mampu menyambung semula menulis novel yang tergantung sepi. Sekali tengok dah mampu jadi penulis terkenal eh? Makin melalut pula aku, korang faham tak apa aku nak sampaikan ini? Senang cerita, aku nak improve kan gaya penulisan aku.

Sampai bila aku nak berblogging?
Entahlah, mungkin sampai bila-bila. Inshallah aku akan terus share tips dan pengalaman aku dalam blog ini :) Terima kasih kerana membaca :) 

Pst. I posts new entry about myself . It's just a simple introduction and lil sneak peek of my life hehe. 


*all pictures are credited to respective owners. 

Comments