Tips/Pengalaman Menduduki Exam MUET (writing, listening, reading) Part 2



Hi assalamualaikum guys! Salam 2021. Lama aku tak update blog ni kan, padahal banyak aku nak share dengan korang huhu. Btw, entry kali ini dah lama ada dekat draft 🤦‍♀Tak apa, kita mulakan perlahan-lahan. 

Berbalik kepada tajuk dia atas, aku akan share pengalaman menduduki peperiksaan MUET. 

Aku masih lagi ingat tarikh peperiksaan MUET hari Sabtu. Pagi pagi sudah bangun macam biasalah nak pergi sekolah. Huru hara juga pagi tu sebab tetiba tiada orang nak hantar aku huhu. 

Dipendekkan cerita, 

Akhirnya, aku pun tibalah di sekolah. Kawan-kawan lain pun mula berkumpul dekat dataran. Sebelum jawab exam, kitorang kena dengar dulu apa cikgu nak cakap dan sebagainya. 

Lepas itu, kami pun disuruh masuk ke dalam bilik kejuruteraan dan menuju ke arah tempat duduk masing-masing. Aku duduk dekat bahagian belakang sebelah kiri. Aku tengok kawan-kawan aku, ada yang muka redha, muka nervous dan macam macam muka lagi haha! Aku pun apa kurangnya, nervous juga. Tapi aku cuba kawal dengan menarik nafas perlahan-lahan. 

READING

Exam MUET pertama kami ialah reading. Bosan gila bila jawab reading ini 😅 Sudahlah banyak petikan lepas itu ada beberapa perkataan tak tahu makna hahaha. Itu perkara biasa ya dalam reading, sebab itulah kena jawab banyak soalan reading ya kawan-kawan. Sempat juga aku menguap, termenungkan kisah lalu (eh?) masa jawab reading tu hihi. Oh ya, teknik aku buat reading ini baca petikan sekali untuk fahamkan apa yang diutarakan oleh petikan, jadi tak adalah kau terumbang ambing. Lepas itu, baca soalan sambil cari jawapan. Kalau kau tak tahu jawapannya, just skip and buat soalan seterusnya supaya tak buang masa. Lepas kau jawab soalan yang senang, kau jawab balik soalan yang kau skip tadi itu.


Masa sudah nak tamat, aku tengok ada juga antara diorang dah tutup kertas, merenung dinding. Akhirnya, masa menjawab tamat. Aku dan rakan-rakanku saling memandang sebaik sahaja kertas kami diambil oleh pemeriksa, tidak kurang juga ada yang menghembus nafas lega. 



Habis menjawab paper reading, kami pun diberi rehat sebelum mula menjawab paper seterusnya iaitu writing dan listening. Masa rehat itu, kami bawa sekali beberapa keping esei dan nota ringkas untuk ulangkaji.

Habis waktu rehat, kami balik ke bilik kejuruteraan. 


WRITING

Masa menjawab paper writing pun bermula. Question 1 soalan dia adalah bar graph. Soalan question 2 pula adalah, 

Urbanisation is a process whereby people move from rural areas to cities.                          -"urbanisation has brought harm to society." do you agree?

Cara aku jawab paper writing ini sama saja dengan cara teacher korang suruh. Jangan habiskan banyak masa jawab question 1 atau 2. Berpada-padalah kata orang. Kalau kau terlampau fokus dekat question 1 pun tak boleh sebab nanti masa tinggal sikit. Oh ya, perbanyakkan latihan buat writing ikut masa yang ditetapkan supaya tak kelam kabut nanti padahal aku pun tak pernah buat latihan ikut masa 😅 (ini nasihat saja hehe) 

Nak jawab question 2 pun buat rangka jawapan dulu bagi memudahkan korang nak huraikan isi. Macam biasa bagi 3 isi utama dan kalau boleh bagi isi lebih supaya kalau tak dapat huraikan isi utama, korang boleh guna isi lebih itu sebagai ganti isi utama. Jadi tak adalah korang kelam kabut cari isi lain betul tak?



LISTENING

Paper listening pula adalah favorite aku. Aku target markah yang tinggi tahu dekat paper ni. Or maybe full mark? hehe.  Duduk dekat belakang ini mungkin bagi sesetengah orang tak suka tapi aku okay saja alhamdulillah. Korang kena dengar dan fokus betul-betul bila audio tu berbunyi. Jangan termenung dan mengenangkan nasib diri pula. Audio ini pun akan diulang sebanyak dua kali. Jangan sia-siakan tahu. Tips aku, tolong dengar dan fahamkan apa yang nak disampaikan masa first time korang dengar audio itu. Oh ya, sebelum audio itu bermula, korang akan dibagi masa untuk belek kertas soalan, so masa inilah korang kena bijak untuk baca dan analisis apa soalan minta supaya senang nak dapat jawapan. Faham tak apa aku nak sampaikan ni? 😅


Ha, masa menjawab paper listening pun tamat. Masa untuk balik! Itu sajalah kot pengalaman menduduki peperiksaan muet. Kalau ada apa-apa soalan, komen saja dekat bawah inshallah aku boleh jawab. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa tengok entry lain pasal STPM & MUET ya!

Jangan lupa baca pengalaman aku ambil result MUET


*all pictures are credited to respective owners. 









Comments

Popular Posts