Nikmat Islam
Hi assalamualaikum.
Tadi jam 9 ada perjumpaan google meet untuk Tahsin Buddies. Perjumpaan ini bertujuan untuk pelajar UIAM yang nak improve kan bacaan Quran, kenal tajwid and sebagainya lah.
So tadi itu macam majlis pembukaan dan pengenalan pasal Tahsin Buddies, facilitators dan student yang join. Banyak juga yang join.
Kata bro Harith, diorang expect student yang join dalam 30 saja tapi alhamdulillah dapat sambutan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 80 lebih pelajar.
Dipendekkan cerita, setelah selesai sesi pengenalan dan soal jawab, bro Harith ada sampaikan dan terangkan pasal satu hadis iaitu :-
The Prophet (ﷺ) said, "The best among you (Muslims) are those who learn the Qur'an and teach it."
Bro Harith pun terangkan lah bahawa orang yang dapat peluang belajar Quran ini adalah satu nikmat.
Bro Harith cakap, kawan dia pernah bagitahu, ikan dekat dalam kolam tak pernah tahu air itu adalah nikmat kepada mereka. Tapi bila ikan itu diangkat keluar dari air, barulah ikan tu tahu bahawa air merupakan satu nikmat.
Faham tak? 😅 Aku ingat ingat lupa tapi lebih kuranglah cerita itu haha.
Kalau nak diringkaskan, kita ini manusia, Allah sudah bagi macam macam nikmat dekat kita, contohnya nikmat kesihatan, nikmat dapat menuntut ilmu dan macam macam nikmat lagi. Terlalu banyak nikmat yang patut kita syukuri.
Tapi bila kita dalam kesusahan macam ikan bila kena angkat keluar dari air, barulah kita tahu dan bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati semua nikmat yang Allah bagi dekat kita.
Tapi bila kita senang sikit, kita alpa. Kita lupa pada Allah. Astaghfirullahalazim.
Berkaca juga mata aku bila dengar penjelasan ringkas bro Harith tadi.
Macam itulah manusia, kita kena ambil semua peluang untuk merasai dan syukuri nikmat yang diberi Allah.
Aku bersyukur dapat diberi peluang untuk membetulkan bacaan Quran aku dengan adanya Tahsin Buddies ini. Semoga menjadi asbab kebaikan dunia akhirat aamiin inshallah.
Terima kasih kerana membaca.
*all pictures are credited to respective owners.
Comments
Post a Comment