Pengenalan STPM
Assalamualaikum 💛
Antara korang ada yang masih berkerut dahi ke bila fikir nak sambung belajar kat mana? Ada yang nak ambil diploma, asasi, politeknik, matrikulasi dan tak lupa juga nak sambung Form 6 kan?
So, aku sebagai pelajar lepasan STPM 2019 yang bertanggungjawab hehehe ingin memperkenalkan STPM.
APA ITU STPM?
STPM stands for Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. STPM ini setaraf dengan A-Level dan sangat laku di negara luar sebab telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Cambridge Assessment, England. Hah, bangga tak bangga jadi student STPM ini?
TEMPOH PENGAJIAN STPM
Tempoh STPM adalah selama 1 ½ tahun dan terbahagi kepada tiga semester. Setiap semester ada dalam 6 bulan begitu and then terus exam sebelum 'melangkah' ke semester seterusnya. Ada faham kah?
ALIRAN STPM
STPM terbahagi kepada dua aliran utama iaitu :-
a) Aliran Sains
b) Aliran Kemanusiaan
SUBJEK YANG DITAWARKAN DALAM ALIRAN KEMANUSIAAN:-
SUBJEK YANG DITAWARKAN DALAM ALIRAN SAINS :-
Biasanya subjek untuk ambil STPM ini 4 subjek saja, tapi ada juga yang ambil 5 subjek.
Dan aku sebagai seorang bekas pelajar tingkatan 6, aku ambil aliran kemanusiaan, iaitu Pengajian Am (PAM), Bahasa Melayu (BM), Sejarah (SEJ) dan Geografi (GEO).
STPM SUSAH?
Ini adalah soalan yang wajib ditanya setiap tahun. Bagi aku, setiap institusi pendidikan pun susah bagi orang yang tak bersungguh-sungguh belajar. Jadi jawapan aku, susah memanglah susah sebab tu kita disuruh belajar. Mana ada benda yang senang kan? Susah tu taklah macam susah yang terlampau susah yang tak tahulah apa yang susah hahaha, aku pun susah nak explain. Ada saja senior-senior yang pernah dapat 4.00 (4flat).
Kalau nak STPM senang, mudah saja. Datang sekolah dan fokus bila cikgu mengajar okay? Cliché memang cliché tapi itulah kebenarannya.
SEMESTER MANA YANG PALING MENCABAR?
Bagi aku, sem 2 dan sem 3 yang paling mencabar.
Sebab sem 2 ini bermulanya buat kerja kursus (KK). PAM, BM & SEJ yang ada kk masa sem 2. Jadi kami pun agak kalutlah juga masa tu, iyalah sebab mana nak cari tajuk yang sesuailah, cara buat kk lah. Tambah pula nak belajar untuk peperiksaan sem 2. Kalau kk BM pula, masa sem 2 tulis lapan karangan kalau tak silap aku. Jangan terkejut pula, bukan dalam sehari korang kena tulis lapan karangan. Adalah masa dia dalam beberapa bulan kalau tak silap aku lah. Iyalah, sudah lama meninggalkan sem 2 yang mencabar. Tapi seronoklah sebab masa-masa kekalutan itu lah yang akan korang imbau kembali huhu.
Masa sem 3 pula, mungkin sudah kurang dah kekalutan tu sebab sudah biasa dengan buat kk haha! Cumanya masa akhir-akhir sem 3 itulah yang susah sikit bagi yang mengulang sem 1 dan sem 2 macam aku lah huhuhu. Sebab iyalah kau kena baca buku untuk sem 1, pastu buku sem 2 dan exam sem 3. Yang paling teruk aku rasa bila ulang sejarah sem 1 dan 2 ditambah pula dengan exam sejarah sem 3. Tapi alhamdulillah aku berjaya hehe alhamdulillah, korang boleh tengok apa aku dapat untuk ulangan dalam entry lain. Dalam hati aku berkata, dapatkah aku buat sungguh sungguh untuk ulangan sem 1 dan 2 dan sem 3?
Tapi jangan takut ya, jangan rasa kau tak mampu nak baca banyak buku buatkan korang tak nak repeat paper sebab mana tahu boleh berubah gred itu okay? Yang penting usaha!! :)
Nak tahu lebih lanjut pasal STPM, bolehlah komen di bawah. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang nak bertanya pasal aliran kemanusiaan. Bye assalamualaikum!!
Psst : Jangan lupa tengok entry-entry yang akan datang yang aku tulis dalam blog ini berkaitan dengan form 6 ni tahu!
Jangan lupa baca pengalaman aku dapat result semester/ulangan STPM.
*all pictures are credited to respective owners.
Comments
Post a Comment