Tips/Pengalaman MUET Speaking (Part 1)




Hey guys assalamualaikum !! 🤗

Seperti tajuk yang tertera di atas, aku akan menceritakan tentang pengalaman dan sedikit tips semasa aku exam speaking MUET ( tak banyaklah tips dia sebab aku tak berapa pro pun huhuhu )

MUET sekolah aku adalah pada sesi kedua which is bulan Jun. So setelah banyak kali practice dan buat banyak latihan speaking, reading, writing dan listening tibalah waktu yang dinantikan huhuhu.

Sumber : Laman Web MPM - MUET SESI 2 2019


Macam yang korang nampak dalam jadual kat atas tu, tarikh yang awal dilaksanakan ialah speaking... emm ni yang den lomah ni huhuhu...


Tak silap aku, kat sekolah kami ambil masa dalam 2 hari macam tu lah nak complete kan kumpulan speaking MUET yang ada. Pastu, beberapa kumpulan dipisahkan untuk sesi pagi dan petang punya. Dan tak silap aku jugak, group kitorang kena speaking pada hari kedua. Masa hari pertama tu madam suruh kitorang berlatih lagi tapi kitorang macam malas dah hahaha tapi group aku berlatih lagi demi mendapatkan target markah masing-masing.


Lepastu masuk hari kedua sesi pagi speaking tu, group aku dan group lain dipanggillah masuk library untuk bersiap sedia. Satu-satu group dipanggil dalam satu bilik di library tu. Kitorang pun nervous la, bila lah nak kena panggil ni? Rupanya kitorang group yang last... kau rasa? Hmm


Masa kitorang kena panggil tu, perghh tiba-tiba macam nak buang air besarlah, tak ready lah, nervouslah. Macam-macam feeling ada. Tapi masa tetap berjalan dan kami pun masuklah dalam bilik tu dan duduk ditempat masing-masing. Aku sebagai candidate C duduk di sebelah kanan berhadapan candidate B. Dalam bilik tu ada dua orang examiners. Seorang sebelah kiri dan seorang sebelah kanan (korang boleh tengok gambar bawah ni)



Bermulalah sesi speaking kitorang. Soalan dia aku tak berapa ingat tapi lebih kurang macam ni lah, apa ciri-ciri sebuah rumah yang elok. So, kitorang pun dibagilah masa untuk membaca soalan-soalan dalam Task A dan menulis keyword jawapan untuk dibentangkan nanti.


Aku dah mula berpeluh tapak tangan walaupun bilik tu ada aircond hahaha. Gila kau, nebes dia lain macam daripada speaking sebelum ni hehehe. Maklumlah, markah yang aku target adalah 30. So, aku berazam untuk buat dengan baik. Selesai saja menulis keyword jawapan atas kertas, examiner pun mulakan tugas dia dengan menyoal seorang demi seorang pasal Task A dan tibalah masa aku membentangkan jawapan-jawapan merepek aku huhuhu.


Dalam Task A, setiap seorang kena bagi greeting dekat examiners. Kalau examiners tu muslim, bagilah salam kan. Kalau tak, ucaplah good morning. Masalahnya, aku lupa cakap benda ni adoii hahahaha. Aku terus cakap, ''today I am going to...'' terus aku speechless. Aku tengok examiner 1, dia tengah tundukkan kepala dia sambil tangan menulis dekat atas kertas.


Dalam kekalutan tu, otak aku sempat lagi menyoal, "nak teruskan cakap ke atau bagi greeting dulu?" HAHAHA.

Tanpa membuang masa, aku mula semula dan terus bagi greeting dan kepala examiner tu terangguk-angguk. Aku lega. Aku anggap aku dah berjaya ceh hahaha.


Lepastu dah habis Task A, we move to Task B pula. Task B ni speaking secara berkumpulan. Kat sini akan bertukar-tukar pendapat antara candidate A, B, C dan D pasal isu yang dibincangkan itu. Dalam Task B, kerjasama amatlah diperlukan. Sebab apa? Sebabnya, interaksi perbincangan kumpulan korang akan diambil kira ya. Maksudnya, kalau kumpulan korang aktif bertukar pendapat, examiner akan rasa tertarik dan mungkin akan bagi markah yang bagus?


Kalau korang rasa stuck dan tak tahu nak cakap apa lagi, korang boleh tanya pendapat candidate lain sampailah masa habis. Jangan berhenti selagi belum habis waktu ya.

Mesti ada antara korang yang takut nak exam speaking ni kan, well perkara biasalah tu aku sendiri pun takut hehehe.

Dalam muet speaking ni, kalau kau guna bahasa inggeris biasa-biasa saja, markah untuk language pun biasalah juga. Macam tu juga kalau yang guna perkataan bombastik, bombastik juga markah kau. Nasihat aku kepada yang bahasa inggeris dia tak lemah dan tak juga 'pro', aku sarankan kau hafallah sikit-sikit perkataan inggeris yang bombastik okay?  Dan pada masa yang sama jangan keluar tajuk perbincangan, nanti markah content hilang.

Lagi satu, bagi yang agak 'pro' dalam english ni jangan nak terlalu 'kuasai' isu perbincangan sampaikan member kau tak sempat nak bagitahu pendapatnya. Biar berpada-pada kata orang. Kalau tengok member tu senyap saja, kau pandai-pandailah soal dia pula. Contohnya macam ni, "What do you think candidate B?" Korang mesti sebutlah candidate mana yang korang nak soal.  Kalau kau nampak member kau yang cakap tak berhenti-henti pula, kau pijak saja kaki dia haha gurau saja. Kau potonglah cakapnya macam ni, "I'm sorry. May I interrupt?" Haa gitu ya.

Okay, that's all lah kot. Kalau ada sebarang persoalan pasal MUET jangan lupa komen okay? Inshallah aku jawab. 


Next jangan lupa baca pengalaman/tips aku menduduki MUET (part 2)


*all pictures are credited to respective owners. 

Comments

  1. Nak tnya, kalau tak hadir hari pertama muet mcm mana ye? Blh pulak silap tgok tarikh muet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg saya tahu, muet kena ambil keempat empat kertas untuk dapat markah keseluruhan, kalau tak calon akan dapat X. boleh ambil exam muet pada sesi yang seterusnya.

      Delete
  2. Hi Assalamualaikum maaf nak tanya, jadual saya pukul 11, so adakah selepas jam tu terus turn saya? Atau kena tunggu lagi lama? Haha sebab ada project lain lepas waktu petang hari yg sama. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi waalaikumussalam ya Allah sorry lambat jawab, semuanya bergantung kepada cara pengurusan sekolah, boleh juga tanya cikgu hehe.

      Delete

Post a Comment